Search This Blog

Followers

0 Antara aku dan seni dan pensel...

Memori lama
(2007-2008)


2007:

             Tahun yg mengejutkan aku...segala-galanya yg aku impikan akhirnya tercapai...tak sangka pertukaran kelas dari aliran Geografi ke Seni Visual ada hikmahnya...segala-galanya bermula dengan guru kesayangan aku...dialah yg mendedahkan aku dgn seni...hmmm, selama ini aku cuma tahu melukis itu dan ini...tapi teknik dan kaedah sungguh naif...apa tidaknya, setelah tiga tahun menjadi pelajar kelas aliran Bahasa Arab (2004-2006), langsung tidak didedahkan dengan seni...hanya menjadi peserta untuk pertandingan melukis yg aku anggap cuma sekadar percubaan pada masa itu...pada tahun inilah kali pertama aku mewakili Sabah untuk satu pertandingan melukis...bagi aku, menang atau kalah aku terima seadanya..kata orang menang dan kalah adat bertanding...namun selepas itu, rezeki ku melimpah ruah...aku semakin dikenali...pelajaran semakin memberangsangkan...mungkin ini lah permulaan untuk cita2 ku...aku dihujani pujian...wah..pujian ni susah untuk aku tepis, susah untuk aku tangani...lebih baik rendahkan diri dari dianggap sombong...




2008:

            Tahun yang semakin mencabar...pejam celik...SPM bakal tiba...namun azam aku masih juga diteruskan...sekali lagi aku meneruskan aktiviti aku sebagai pelukis sekolah harapan...aku harap, akan ada pelapis aku bila dah tamat SPM. Sekali lagi aku aku mewakili sekolah untuk mewakili pertandingan melukis yang sudah menjadi darah daging aku. Bermula dengan pertandingan peringkat zon, seterusnya aku layak menempatkan diri aku untuk dua pertandingan sekali gus secara serentak, pertama kali dalam  sejarah aku terlibat dalam pertandingan melukis poster secara langsung pada waktu yang serentak. Akhirnya aku memilih salah satu pertandingan untuk tidak bersikap tamak. Syukur alhamdullilah, aku mendapat gelaran Johan peringkat negeri sekali gus melayakkan aku ke peringkat kebangsaan sekali lagi. Hu! semakin sibuk lah aku masa tu, apa tidaknya, hidup bergelumang dengan nota SPM dan kertas lukisan bersama calitan warna di jari. Masa begitu terbatas, dan aku cuba mengatur masa dengan baik.






Melukis?


itu lah hobi yang sangat aku minati sejak kecil lagi...memang kertas dan pensellah peneman setia bila dah tak da kerja. Kira banyak juga lah pertandingan yang aku sertai sejak kecil sampailah sekarang. Ini semua berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus. Ramai yang cakap, orang yang mahir menggunakan tangan kiri macam aku ni memang pandai melukis..tapi rasanya itu kebetulan kan? tapi tak kisahlah...semuanya bergantung kepada bakat dan usaha masing-masing.

0 insan sedang bermonolog.:

Post a Comment