Memori lama
(2007-2008)
2007:
Tahun yg mengejutkan aku...segala-galanya yg aku impikan akhirnya tercapai...tak sangka pertukaran kelas dari aliran Geografi ke Seni Visual ada hikmahnya...segala-galanya bermula dengan guru kesayangan aku...dialah yg mendedahkan aku dgn seni...hmmm, selama ini aku cuma tahu melukis itu dan ini...tapi teknik dan kaedah sungguh naif...apa tidaknya, setelah tiga tahun menjadi pelajar kelas aliran Bahasa Arab (2004-2006), langsung tidak didedahkan dengan seni...hanya menjadi peserta untuk pertandingan melukis yg aku anggap cuma sekadar percubaan pada masa itu...pada tahun inilah kali pertama aku mewakili Sabah untuk satu pertandingan melukis...bagi aku, menang atau kalah aku terima seadanya..kata orang menang dan kalah adat bertanding...namun selepas itu, rezeki ku melimpah ruah...aku semakin dikenali...pelajaran semakin memberangsangkan...mungkin ini lah permulaan untuk cita2 ku...aku dihujani pujian...wah..pujian ni susah untuk aku tepis, susah untuk aku tangani...lebih baik rendahkan diri dari dianggap sombong...
2008:
Melukis?
itu lah hobi yang sangat aku minati sejak kecil lagi...memang kertas dan pensellah peneman setia bila dah tak da kerja. Kira banyak juga lah pertandingan yang aku sertai sejak kecil sampailah sekarang. Ini semua berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus. Ramai yang cakap, orang yang mahir menggunakan tangan kiri macam aku ni memang pandai melukis..tapi rasanya itu kebetulan kan? tapi tak kisahlah...semuanya bergantung kepada bakat dan usaha masing-masing.